Followers

Wednesday 22 June 2011

senyum x perlu kata apa2..



Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong 
dan sombong diri.
______________________________
SENYUM BIARLAH PADA TEMPATNYA
______________________________
Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.
Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.

Orang yang sedang menghadapi tekanan jiw
a sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik.

Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah.




Senyuman melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan serta mendekati Allah, bersamanya rahmat dan nikmat yang tidak dapat dijual-beli.


Senyum lah..
jika engkau ingin melihat orang lain senyum,,

Thursday 9 June 2011

kisah nabi Adam>penciptaannya dan diturunkan kebumi..

Assalamualaikum..

Sy ingin berkongsi ilmu kepada rakan-rakan diluar sana..
kisahnya ialah kisah nabi Adam dengan penciptaannya dan diturunkan ke bumi..

*bermula lah kisah nya*

          Allah menciptakan nabi Adam selepas diciptakan bumi,langit dan malaikat.Nabi Adam diciptakan daripada sekumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam.setelah menyempurnakan bentuknya.Allah S.W.T.
meniupkan roh kedalamnya.jadilah Nabi Adam maknusia pertama yang hidup.

          Tujuan penciptaan Nabi Adam adalah untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.segalanya telah direncanakan Allah begitu juga dengan peristiwa dikeluarkan baginda dari syurga dan diturunkan kebumi.Firman Allah:............................................
            Ertinya:dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat:"sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah dibumi"Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan tuhan itu dengan berkata): "adakah engkau(ya tuhan kami)hendak menjadikan dibumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),pada hala kami sentiasa bertasbih dengan memujimu dan mensucikanmu?" tuhan berfirman:"sesungguhnya aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahui."

          sebagai khalifah,Allah telah memberikan beberapa pengajaran dan petunjuk.namun begitu ilmu yang dikurniakan adalah terbatas.Firman Allah:......................
                                           Ertinya:dan mereka bertanya kepadamu tentang roh .Katakan:"roh itu dari perkara urusan tuhanku,dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja."

Semasa berada didalam syurga,iblis mula menghasut Nabi Adam dan Hawa supaya melanggar larangan Allah.Iblis juga berjanji akan melindungi Nabi Adam dan Hawa jika sesuatu berlaku terhadap mereka.

          Nabi Adam dan Hawa terpedaya dengan pujukan iblis.Mereka telah melanggar perintah Allah.Mereka lupa bahawa iblis adalah makhluk yang telah bersumpah kepada Allah untuk menyesatkan maknusia hingga kehari kiamat.Firman Allah:...................................
                     Ertinya:iblis berkata:"demi kuatkuasa mu (wahai tuhanku)(82)aku akan menyesatkan mereka semuanya,"-"kecuali hamba-hambamu-diantara zuriat Adam itu-yang dibersihkan dari sebarang kederhaan dan penyelenwengan"(83)

          Akhirnya Nabi Adam dan Hawa menerima balasan daripada Allah.Mereka diperintahkan supaya keluar dari syurga dan dihantar kebumi.Firman Allah:...............
                                                            Ertinya:Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari (syurga)itu,bersama-sama ,dalam keadaan setengah kamu manjadi musuh bagi setengah yang lain,kemudian jika datang kepada kamupetunjuk dariku,maka sesiapa yang mengikuti petunjukku itu nescaya ia tidak akan menderita azap sengsara.

          Nabi Adam dan Hawa memulakan kehidupan baru seperti maknusia biasa.bermula dari peristiwa ini,keturunan maknusia telah berkembang hingga kehari ini.

TAMAT SUDAH KISAH NABI ADAM INI.SAMPAI DISINI DAHULU,SAYA INGIN MENGUNDUR DIRI DAHULU...

Assalamualaikum~